Sunday 20 September 2015

FAKTOR-FAKTOR KESELAMATAN AGAMA ISLAM TERGUGAT

Walau bagaimanapun kejayaan yang dibawa oleh Islam berdekat dahulu kelihatan agak tercemar.Ia dicemari oleh sikap umat Islam sendiri yang mengabaikan ciri-ciri keperibadian yang dibawa oleh Rasulullah.Keselamatan dan keamanan semakin sukar diwujudkan oleh sikap segelintir umat Islam masa kini.Tindak-tanduk kebanyakan mereka lebih menunjukkan kecenderungan untuk bermusuh-musuhan, tiada toleransi, tidak berlapang dada serta terburu-buru membuat keputusan.

          Jika ada umat Islam yang menyeru ke arah perpaduan ia akan dituduh berkepentingan politik. Hasilnya apa sahaja langkah yang diwujudkan untuk perpaduan sering dipandang remeh dan persenda-sendakan. Dengan itu muncullah dewasa ini golongan yang kurang berhikmah dalam melaksanakan beberapa pendekatan untuk kepentingan umat Islam.Sebagai contoh, jihad bagi mereka adalah menghalalkan darah sesama umat Islamyang tidak sealiran denganu7u mereka.Sedangkan jihad menurut yang difahami oleh Islam mempunyai kepelbagaian sudut dan tujuan, mengikut suasana dan keperluan semasa.

          Justeru keamanan dan keselamatan yang bagaimanakah akan kita harapkan jika golongan berfahaman beginimendominasi masyarakat kita pada suatu masa nanti.Apa yang pasti perkataan Islam yang bererti “selamat” tidak lagi bererti selamat sebaliknya akan menyumbangkan kemusnahan hasil daripadafahamansempit yang dibawa oleh umat Islam sendiri.

          Maka kita sebagai umat Islam yang masih dapat menilai “antara kaca dengan permata” tentu tidak mahu melihat keadaan ini wujud.Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah diselewengkankan yang hasilnya umatnya akan dihina dan lebih malang lagi agama Islam akandipinggirkan daripada arus globalisasi dunia. Sedangkan umat Islamlah yang sepatutnya menjadi juara keamanan dan kemakmuran.

No comments:

Post a Comment