Tuesday 6 October 2015

Pandangan Masyarakat

Ikuti temubual ringkas bersama seorang pelajar Politeknik berkenaan dengan isu semasa bertajuk Etika kerja dalam konsep penjagaan terhadap agama.

Sunday 20 September 2015

ISU DAN PERMASALAHAN KESELAMATAN AGAMA ISLAM

'Keselamatan' Menurut Pandangan Kristian

Setiap umat beragama percaya, manusia satu-satunya mahkluk ciptaan yang mulia. Diciptakan dengan sempurna oleh Allah. Tetapi manusia juga merupakan mahkluk yang lemah akan dosa. Itulah sebabnya manusia disebut sebagai budak dosa.

Firman Allah berkata, "Dari hati orang timbul segala pikiran jahat, percabulan, pencurian, pembunuhan, perzinahan, keserakahan, kejahatan, kelicikan, hawa napsu, iri hati, hujat, kesombongan, kebebalan" (Injil, Rasul Markus 7:21-22)

Demikianlah, dosa bukan hanya perbuatan jahat yang dilakukan manusia. Tetapi lebih dari itu, setiap hal yang mereka pikirkan, yang tidak sesuai dengan kebenaran firman Allah, juga merupakan dosa.

Manusia yang telah menjadi budak dosa, jelas tidak mampu melepaskan diri dari ikatan tersebut. Sebesar apapun usaha yang mereka lakukan, mereka akan tetap kembali jatuh dalam kubangan dosa. Untuk itu, manusia memerlukan satu Pribadi yang dapat menolong mereka terlepas dari ikatan dosa yang membelenggu mereka, dan memberikan 'tiket Keselamatan' ke sorga.

FAKTOR-FAKTOR KESELAMATAN AGAMA ISLAM TERGUGAT

Walau bagaimanapun kejayaan yang dibawa oleh Islam berdekat dahulu kelihatan agak tercemar.Ia dicemari oleh sikap umat Islam sendiri yang mengabaikan ciri-ciri keperibadian yang dibawa oleh Rasulullah.Keselamatan dan keamanan semakin sukar diwujudkan oleh sikap segelintir umat Islam masa kini.Tindak-tanduk kebanyakan mereka lebih menunjukkan kecenderungan untuk bermusuh-musuhan, tiada toleransi, tidak berlapang dada serta terburu-buru membuat keputusan.

          Jika ada umat Islam yang menyeru ke arah perpaduan ia akan dituduh berkepentingan politik. Hasilnya apa sahaja langkah yang diwujudkan untuk perpaduan sering dipandang remeh dan persenda-sendakan. Dengan itu muncullah dewasa ini golongan yang kurang berhikmah dalam melaksanakan beberapa pendekatan untuk kepentingan umat Islam.Sebagai contoh, jihad bagi mereka adalah menghalalkan darah sesama umat Islamyang tidak sealiran denganu7u mereka.Sedangkan jihad menurut yang difahami oleh Islam mempunyai kepelbagaian sudut dan tujuan, mengikut suasana dan keperluan semasa.

          Justeru keamanan dan keselamatan yang bagaimanakah akan kita harapkan jika golongan berfahaman beginimendominasi masyarakat kita pada suatu masa nanti.Apa yang pasti perkataan Islam yang bererti “selamat” tidak lagi bererti selamat sebaliknya akan menyumbangkan kemusnahan hasil daripadafahamansempit yang dibawa oleh umat Islam sendiri.

          Maka kita sebagai umat Islam yang masih dapat menilai “antara kaca dengan permata” tentu tidak mahu melihat keadaan ini wujud.Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah diselewengkankan yang hasilnya umatnya akan dihina dan lebih malang lagi agama Islam akandipinggirkan daripada arus globalisasi dunia. Sedangkan umat Islamlah yang sepatutnya menjadi juara keamanan dan kemakmuran.

MENJAGA KESELAMATAN AGAMA (ADDIN)


Menjaga keselamatan, kesejahteraan dan kemajuan negara bukan semata-mata tanggungjawab pemimpin, malah turut dipertanggungjawabkan juga ke atas semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.

Ketika Rasulullah SAW memulakan pentadbiran rasminya di kota Yathrib (kini Madinah), baginda melakukan tiga perkara utama bagi mencapai misi keselamatan dan perpaduan dalam kota Yathrib yang ketika itu mengalami suasana geopolitik dan sosiobudaya yang tidak terkawal.

Pertama, baginda telah mendirikan sebuah masjid di Quba' (masjid pertama di Madinah) sebagai simbolik perpaduan umat Islam serta menjadi pusat pemerintahan baginda dan para sahabat RA.

Kedua, baginda SAW mempersaudarakan suku Aus dan Khazraj menjadi golongan al-Ansar seterusnya menjalinkan silaturahim mereka dengan golongan al-Muhajirin yang datang bersama rombongan Rasulullah sehingga terjalin ukhwah, bersikap toleransi dan sanggup berkorban harta dan nyawa demi membantu golongan al-Muhajirin.

Ketiga, baginda menyatupadukan semua penduduk tanpa mengira agama dan bangsa keturunan di bawah satu undang-undang yang dinamakan sebagai Piagam Madinah. Hakikat piagam yang dimeterai oleh semua penduduk kota Yathrib ini adalah akujanji setiap individu terhadap tanggungjawab mereka menjaga keselamatan negara daripada ancaman musuh.